| Dzulfikar Mashoor |
| GOMBAK, 16 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk membantu siasatan berhubung pemilikan RM2 juta oleh setiausaha politiknya, Hasbie Satar. "Kalau seorang Setpol (setiausaha politik) boleh memiliki wang sebanyak itu, bosnya (menteri) takkan mempunyai wang sedikit dari itu," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini. Menurut beliau, tindakan Hasbie meletak jawatan sebagaimana dilaporkan kelmarin bukanlah jalan penyelesaian. Sebaliknya, beliau mendakwa perletakkan jawatan tersebut demi memelihara imej seorang pemimpin Umno yang juga Menteri di JPM daripada dipertikai oleh rakyat. Kelmarin, Hasbi dilaporkan meletak jawatan berdasarkan suatu kenyataan ringkas dalam satu perenggan yang dihantar oleh Hasbie kepada JPM. Difahamkan perletakan jawatan itu ekoran beliau gagal menjelaskan sumber perolehan RM2 juta yang ada bersama-sama beliau ketika SPRM memberkas beliau di Pulau Pinang Khamis lalu. Selain menjumpai RM2 juta tunai, SPRM turut mempersoal pemilikan kereta mewah dan seunit kediaman mewah beliau di Telok Air Tawar. Demi membantu suatu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, beberapa aset Hasbie yang lain; termasuk kereta pacuan empat roda, beberapa unit rumah mewah turut disita oleh SPRM. SPRM juga membekukan semua akuan bank milikan peribadi Hasbie untuk membantu siasatan tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Hasbie sebenarnya dinasihatkan meletakkan jawatan demi memelihara imej serta kepentingan politik Nor Mohamed sendiri kerana beliau merupakan antara menteri yang bertanggungjawab menguruskan perbendaharaan negara. Menurut sumber dalaman dalam Umno negeri sendiri, Hasbie mula menjadi perhatian awam apabila beberapa blog yang dipercayai umum milik pemimpin bawahan Umno melaporkan kegiatan terancang Hasbie. Hasbie yang digambarkan seolah-olah enggan berkongsi kekayaan dengan beberapa pihak yang mengetahui sindiket tersebut mengambil keputusan mendedahkan sindiket itu pada pengetahuan umum. Suatu sumber lain pula memberitahu bahawa seorang pemandu peribadi kepada Hasbie sendiri membawa sindikit itu pada pengetahuan SPRM kerana bekas Setiausaha Politik bagi Nor Mohamed tersebut enggan berkongsi kesenangan dengan pemandu terbabit. Namun, siasatan SPRM yang baru dijalankan sejak Jumaat lalu itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat kerana bekas Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop sendiri dilaporkan mengaku bahawa wang tunai yang dijumpai di Pangsapuri Sri Molek, Telok Air Tawar tersebut bukan miliknya. Sumber : Harakahdaily. |
Monday, February 15, 2010
SETPOL TARIK DUIT RM2 JUTA : SPRM KENA PANGGIL UNTUK DISOALSIASAT
Friday, December 11, 2009
HANYA UMNO SAHAJALAH YANG MENERUSKAN KETUANAN BERUK DI MALAYSIA...
| Tiada ketuanan Melayu | | Print | |
| Zukri Aksah |
|
Baru-baru ini dalam sesi perbahasan di Parlimen, Ahli Parlimen dari DAP, M. Kulasegaran telah membangkitkan isu ketuanan Melayu yang didakwa menghalang proses perpaduan kaum di Malaysia selama ini. Isu ini sempat juga menghangatkan sebentar sidang Parlimen pada hari tersebut. |
Sunday, November 22, 2009
APA PERLUNYA HARAKAH OBSES MEMBELA WAHABI ASRI TERLAKNAT...?
| Muhammad Yazid Othman |
| Salam... SUMBER : HARAKAHDAILY |
Saturday, November 7, 2009
MEMBENDUNG ANCAMAN WAHABI
Sunday, November 1, 2009
MAZINNATUL FITNAH
Dr Asri menuduh ulamak kita takut lakukan perubahan. Baginya, perubahan ialah : semua bid'ah adalah sesat, termasuk maulidurrasul, baca yasin mlm jumaat, talkin, kenduri arwah dan lain-lain. Beliau juga menuduh ulamak kita sebagai 'konservatif' dan jumud.Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu. Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.
WAHABI MEKAH MENGSEKULARKAN ISLAM KETIKA MUSIM HAJI
| Elak Politik Di Mekah Merupakan Tindakan Meng’sekularkan’ Islam. | | | |
| Jumaat, 06 November 2009 17:23 |
'Elak politik di Tanah Suci'Riyadh beri amaran selepas Khamenei nasihat jemaah protes RIYADH: Arab Saudi semalam memberi amaran terhadap sebarang cubaan untuk mempolitikkan ibadat haji sambil menyifatkan ia akan mengancam keselamatan lebih dua juta umat Islam yang dijangka menghadiri perhimpunan berkenaan. Amaran itu dibuat berikutan kenyataan pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei kepada jemaah supaya 'menunjukkan penyelesaian tegas kepada negara Islam untuk berhadapan dengan cubaan yang boleh menjejaskan perkembangan dan penyatuannya apabila menunaikan haji.' "Jemaah tidak sepatutnya mengetepikan perkembangan semasa dunia Islam. Ketika ini, Iraq, Afghanistan, Palestin dan sebahagian Pakistan ditekan oleh tentera asing," kata laman web yang memetik kenyataan Khamenei, minggu lalu. Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi kemudian memberi reaksi dengan menegaskan bahawa negara itu tidak akan membiarkan sesiapa menjejaskan haji. "Ini termasuk mengganggu keselamatan jemaah dan cubaan untuk memecahbelahkan umat Islam," kata satu kenyataan Kabinet yang disiarkan media tempatan. Kenyataan itu bagaimanapun tidak merujuk kepada Iran secara langsung. Arab Saudi, sekutu Amerika Syarikat sering tidak sependapat dengan Iran terutama sejak kebangkitan Islam 1979. Bantahan awam dilarang sama sekali di negara itu. Ibadat Haji akhir bulan ini disifatkan sebagai satu perhimpunan besar agama. Pada 1987, satu perhimpunan jemaah haji menyuarakan kemarahan terhadap Amerika dan Israel mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Arab Saudi menyebabkan 402 kematian, kebanyakan mereka adalah penduduk Iran. Teheran memboikot haji selama tiga tahun selepas kejadian itu. Pemimpin Iran minggu lalu turut mengkritik ancaman pihak berkuasa Arab Saudi kepada jemaah Syiah. Polis Arab Saudi Februari lalu bertempur dengan jemaah dari kumpulan minoriti Syiah berhampiran makam Nabi Muhamad SAW dan di Madinah. – Reuters Sumber: Berita Harian: 03/11/09 Elak Politik Di Mekah Merupakan Tindakan Meng’sekularkan’ Islam Oleh Puak Wahabi. Adalah merupakan suatu tindakan sekular apabila ibadah/Islam tidak boleh dicampurkan dengan politik. Inilah kesimpulan mudah yang kita boleh berikan terhadap kenyataan amaran kerajaan sekular Arab Saudi kepada mana-mana cubaan untuk mempolitikkan ibadah haji. Kita dapat melihat bagaimana begitu sekularnya pemikiran yang dimiliki oleh para pemimpin Arab Saudi yang ada pada hari ini. Mereka bertindak mengikut arahan dan keinginan kufar Barat. Begitu malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin yang berkuasa di tanah tempat lahirnya Islam itu mendokong pemikiran seperti ini. Apakah kita boleh menafikan dan menidakkan hakikat bahawa di Tanah Suci itulah segala aktiviti politik telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam usaha baginda menyebarkan dan menegakkan Islam? Siapakah yang boleh menafikan bahawa ketika Rasulullah SAW melakukan aktiviti dakwah selama 13 tahun di Mekah itu perjuangan baginda itu bukannya perjuangan politik? Apakah para pemimpin Arab Saudi yang sekular itu cuba memadamkan pemikiran politik Islam ini? Bukankah Rasulullah SAW pernah melakukan aktiviti politik dengan mendatangi kabilah-kabilah yang datang mengerjakan haji ke Mekah untuk menyeru mereka memeluk Islam dan memberikan nusrah kepada baginda SAW bagi menegakkan Islam? Terlalu banyak tempat-tempat peninggalan sejarah Islam yang sebenarnya mengingat kita bahawa di Tanah Suci itu telah berlaku pelbagai aktiviti politik. Bukankah jika seseorang melihat Darul Arqam ia akan mengingatkannya tentang tempat pembinaan para sahabat? Bukankah di Tanah Suci itu terletaknya tempat Bilal ra diseksa oleh tuannya kerana mempertahankan aqidah Islam? Di Tanah Suci itu jugalah tempat Khabab al-Arrat disiksa dengan dadanya diletakkan baju besi dan dijemur di tengah gurun di bawah terik panas matahari? Bukankah di Tanah Suci itu turun firman Allah SWT yang menjadi petunjuk bagi seluruh persoalan hidup manusia? Namun amat menyedihkan apabila kita melihat hari ini para pemimpin sekular Arab Saudi cuba mengsekularkan Islam dengan memisahkan perlaksanaan ibadah haji itu dari sebarang aktiviti politik. Amat buruk sebenarnya apa yang mereka telah lakukan. Apakah ini yang diajar oleh Ibnu Taimiyyah selaku idola yang didakwa sebagai rujukan mereka? Ketika wahabi Saudi berdakyah untuk mensekularkan Islam, maka wahabi Perlis pula bekerjasama dengan golongan politikus untuk mempertahankan kekufuran dan status quo mereka, termasuklah membela si Asri, "anjing wahabi malaysia" yang telah ditangkap Jais baru-baru ini. Firman Allah SWT: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ At Taubah (9) :32]. Disesuaikan daripada : mykhilafah.com |
Friday, November 6, 2009
ANTARA PENDAKYAH WAHABI DAN PENDAKWAH ILAL-HAQQ......
| Di Sebalik Penangkapan Bekas Mufti Perlis | | | |
| Selasa, 03 November 2009 06:57 |
Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri menganggap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuatkan beliau menunggu selama lebih sejam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini, adalah sebagai satu sabotaj. Sehingga pukul 10 pagi, pihak JAIS tidak hadir ke mahkamah, sedangkan Mohd Asri tiba sejak pukul 9 pagi seperti yang diarahkan JAIS. "Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini. "Pihak JAIS yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa disebaliknya," kata Mohd Asri. Terdahulu, lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap beliau yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah. Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar. Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman. Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut. Sementara itu, Thalia Rohaina Abdul Latif yang merupakan salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama tersebut berkata, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan. "Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa. "JAIS sepatutnya siasat dulu sebelum membuat tuduhan," katanya. Penyokong-penyokong Mohd Asri juga menganggap isu tidak bertauliah bukanlah alasan yang logik kerana beliau merupakan bekas mufti dan mempunyai kelayakan dalam ilmu hadis. Menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, beliau turut tidak berpuas hati apabila pihak JAIS turut mengaitkan Mohd Asri mengamalkan fahaman Wahabi. Mohd Asri bagaimanapun menafikan perkara tersebut. "Itu hanya fahaman rekaan mereka," jelasnya yang turut diwakili oleh peguam Zulkifli Che Yong, Azmi Mohd Rais dan beberapa peguam pemerhati dari mahkamah sivil. Dalam pada itu, Datin Paduka Marina Mahathir akui, beliau pernah mengikuti syarahan dan menyokong penuh bekas mufti itu. "Beliau kena aniaya kerana tuduhan itu tidak berasas. Beliau adalah seorang mufti, takkanlah tidak bertauliah? "Kalau dikatakan mengamalkan fahaman Wahabi, mereka faham kah makna Wahabi itu? Mereka kena faham terlebih dahulu, barulah buat tuduhan," kata Marina dalam nada marah. Sumber: mStar Online 02/11/09 Kes Dr Asri...Siapa Yang Akan Untung? Media hari ini sedang rancak melaporkan kes tangkapan Dr Asri oleh pihak JAIS. Semua pihak samada dari kelompok gerakan Islam, parti sekular seperti UMNO dan PKR mahupun golongan yang mempertikaikan syariah seperti SIS nampaknya menunjukkan simpati mereka masing-masing. Pelbagai persoalan timbul – bukankah JAIS berada di bawah PKR? Bukankah polis di bawah kerajaan pusat (UMNO)? Mengapa SIS pun ada sama sedangkan tidak ada isu gender di sini? Semua ini merupakan jalan cerita yang menarik sebenarnya. Suatu ”situasi” telah dicetuskan yang mewujudkan ”pertembungan” di antara umat Islam secara umum dengan JAIS dengan Dr Asri sebagai ”antagonis” yang menjadi rebutan antara UMNO mahupun PAS. Kedua-dua parti mahu agar beliau bersama dengan perjuangan mereka. Umum mengetahui bahawa Dr Asri bukanlah tokoh agama yang banyak terlibat dengan aktiviti politik. Beliau pernah berdiri di atas pentas PAS Kelantan suatu masa dulu dan dalam masa yang sama beliau juga pernah berada di program-program kerajaan UMNO sekular terutamanya semasa menjadi mufti Perlis. Tulisan-tulisan beliau yang dipaparkan di dada akhbar arus perdana juga tidak banyak mengkritik pemerintah sekular yang ada pada hari ini. Apakah isu tangkapan ini akan dimanfaatkan oleh mereka yang sedang menunggu peluang untuk memastikan perjuangan politik mereka akan mendapat keuntungan dari kes ini? Mungkinkah selepas ini ada yang ”ketawa” di sebalik kejadian ini? Kita sama-sama saksikan nanti kesudahan “cerita” ini. Yang pastinya tangkapan yang berlaku kepada Dr Asri itu ádalah kes yang terlalu kecil jika ingin kita bandingkan dengan tangkapan yang dilakukan oleh para pemerintah sekular di merata dunia umat Islam seperti di Turki, Uzbekistán, Pakistan, Mesir dan lain-lainnya ke atas para pejuang yang ingin mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah. SUMBER : mykhilafah.com KOMENTAR : Memanglah melawan fahaman wahabi laknatullah merupakan satu tugas mulia yang perlu dipikul bersama, tidak hanya dibebankan ke atas kakitangan Jakim mahupun jabatan agama sahaja. Namun, yang dikesali ialah cara penangkapan tersebut dilakukan. Malahan, sebelum inipun, jika ada para pendakwah 100% (bukan yang makan komisyen 25%) serta ulama' muktabar yang mahu berdakwah, kenapa mereka juga turut dihalang atas alasan tauliah? Kenapa pula di Perlis, pendakyah-pendakyah wahabi dibenarkan berceramah dengan bebas walaupun terdiri daripada kalangan yang disenaraihitamkan oleh Jakim? Tidakkah Umno Perlis serta wahabi saling bergantungan untuk mengekalkan status quo mereka di negeri paling utara itu? Ada orang kata Zahid Hamidi kata wahabi tak sesat (masa dia jaga Jakim dulu)? Ya ka? Zahid tu reti agama ka? Adakah dia ulama ka ular dalam semak? Kalau dengan yahudi pun Zahid sanggup "bermuqabalah" (semasa dia pi Lubnan atas jawatan Menteri pertahanan), apalah pulak dengan wahabi. Agaknya Zahid dah buta hati atau buta perut kerana termakan banyak s ngat elaun atau duit riba semasa menjadi Pengerusi BSN dulu kot? Hanya Zahid yang tahu. Wallahu 'alam! |
Monday, October 26, 2009
AYAM TAMBATAN BERSAMA FIRMA GLC

MISKIN ORANG KAYA LEBIH TERUK DARI ORANG MISKIN KAYA...?
Ramai orang nak jadi kaya...TAPI berapa ramai yang tau caranya????
ramai orang x nak jadi miskin...TAPI ramai orang buat-buat taktau caranya
Jadi miskin...senang je, wat MISScall, berlagak lah macam orang KAYA, pastu apply personal loan? pastu pegi shoppINg...
ckup bulan byr hutang...
apply kredit kad pastu...swept je apa yang nak beli...
cukup bulan gaji dah negatif...tp dok x sedar diri lagi...
ada PLATINUM kad la katakan...apa susah BAYAR HARI INI 5% je...minimun payment...
dpt statement bank....hah!!! baru tau sedar diri...HUTANG aku ada banyak lagi...
kad kredit??? hah..
dah x leh swept lagi...
apply la lagi!!!
tu je la...
gali lubang tutup lubang!!! sampai tua la...
ni ke yang korang kata best sgt makan gaji???
nak tunggu lagi???
kalau bersama firma GLC yang link dengan kerajaan, okla dapat ayam tambatan. tapi kalu dapat GLC = GALI LOBANG CORPORATION...apa ceritonyo eh jang..?
sudah2 la...beraya setahun sekali, jom kita raya2 hari-hari...
pergi shopping hari ni, tp guna cash la...
abis belanje 5rat la jugak...aku tau esk aku dpt lagi...
kalo korang nak terasa tempiasnyer..kol tol-free 012-3456789
p/s : kalau dapat projek ayam radix hpa lagi baguihhh...:)




'Elak politik di Tanah Suci'
Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS