Saturday, November 7, 2009

MEMBENDUNG ANCAMAN WAHABI

Sunday, November 1, 2009

MAZINNATUL FITNAH

Dr Asri menuduh ulamak kita takut lakukan perubahan. Baginya, perubahan ialah : semua bid'ah adalah sesat, termasuk maulidurrasul, baca yasin mlm jumaat, talkin, kenduri arwah dan lain-lain. Beliau juga menuduh ulamak kita sebagai 'konservatif' dan jumud.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu. Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.

Ulasan :
Memang patut jika PGSM dan 12 NGO Islam membantah perlantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM yang baru. Ini kerana memorandum yang diserahkan kepada YDP Agong mempunyai pelbagai justifikasi yang jelas berdasarkan kepada tulisan dan ceramah yang disampaikan beliau melalui media massa mahupun elektronik. Khabarnya, lampiran bukti yang disertakan dalam memorandum itu menyebabkan YDP Agong murka. Sekaligus Baginda memperkenankan untuk membatalkan perlantikan yang dibuat oleh Menteri Agama itu. Menteri sepatutnya, siasat dulu latarbekang individu yang hendak dilantik ke jawatan NGO Kerajaan khususnya YADIM. Dikhuatiri institusi itu dimanipulasi oleh individu @ kumpulan tertentu yang berkepentingan. Sebabnya, YADIM ada budget jutaan ringgit dan mempunyai rangkaian dakwah yang amat besar dgn Kerajaan dan NGO lain. Tidak hairanlah, jika ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan.


Asri mendakwa : antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat. “Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Ulasan :
Bagi Saya, anda seorang ustaz yang mudah lupa diri. Cuba renung kembali tulisan dan ceramah anda. Dlm kes Imam al-Nawawi contohnya: anda pernah menyifatkan bahawa solat kanak-kanak (belum baligh) di belakang saf adalah khurafat yang disandarkan kepada feqah." Sedangkan ia merupakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmuk Syarh al-Muhadzab. Anda juga pernah membuat penilaian kepada hukuman murtad dengan mengomentari hadis : Man baddala dinahu faqtuluh." anda cuba meragui kesahihan hadis tersebut. Sedangkan hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari DLL. Anda juga pernah mengomentari secara 'keras' tentang Imam al-Ghazali menerusi Ihya Ulum al-Din. Sedangkan kritikan terhadap ulamak memerlukan adab dan nilai estetika ilmiah. Anda juga pernah menuduh Para Mufti tukang baca doa, Ustaz Nuruddin al-Banjari sebagai ulamak ongkos, mencerca keturunan Sayyid, mengkafirkan Syeikh abdullah Harari, Menuduh Syeikh Hasan alSaqqaf sebagi syiah. Bahkan pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada KP JAKIM supaya Zamihan dikenakan tindakan tatatertib. Anda lupa? bahawa anda sendiri mazinnatul fitnah (tempat terbitnya fitnah agama). Tuan blog ada bukti atas semua ini. Mahu ke mahkamah. Ingin debat...silakan.


Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan YADIM boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan. “Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya. Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.


Ulasan :
Saya mendapat maklumat terdekat mengatakan bahawa kemasukan Dr Asri ke YADIM sebenarnya di atur oleh Pemuda UMNO dan mantan MB Perlis. Mereka melobi jawatan YDP YADIM melalui Menteri Agama memandangkan fungsi dan kedudukan YADIM yang agak strategik dalam bidang dakwah. Gamaknya, ada can la untuk mengembangkan ideologi kaum mudanya itu. Namun, apabila NGO Islam mengetahui perkara ini, mereka membantah atas alasan Dr Asri tidak sesuai untuk jawatan itu kerana buah fikiran dan keilmuannya telah banyak mencelarukan urusan agama Islam di negara kita. Manakala YDP Agong pula telah bertindak tepat utk tidak memperkenankan perlantikan Dr Asri. Justeru, jika Dr asri kecewa atau membantah atau tidak berpuashati dengan 'pembatalan' berkenaan, beliau sebenarnya boleh dikira menderhaka kepada YDP Agong. Oleh itu, sidang akhbar belaiu sebenarnya membuka pekungnya sendiri.


Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.” Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia. Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua YADIM oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ulasan :
Memorandum berkenaan sememangnya menjelaskan sutiasi sebenar yang berlaku sebelum ini. Takkanlah PGSM dan 12 NGO Islam irihati dengan beliau. Takkanlah pemimpin dalam NGO Islam ini berkepentingan pada jawatan YDP YADIM. Bila terkena batang hidung sendiri..orang lain pula disalahkan. Mungkin, kalau zamihan mengkritik asri...zamihan akan disalahkannya. Tetapi jika badan2 NGO mengkritik..maknanya..ada sesuatu yang tak kena pada beliau. Senangnya, Tuan-puan pikirlah la sendiri. Bagi saya, memorandum ini benar2 menjejaskan kreadibiliti beliau sebagai pendakwah. Ramai dikalangan kita semakin sedar dan bangkit menjelaskan beberapa fatwa beliau yang seleweng dan kontroversi.perlu diingat, walaupun beliau masih menerima jemputan ceramah disekitar Kl dan Selangor..beliau sebenarnya tidak memilki tauliah. Jika beliau berkeras ingin berceramah tanpa tauliah, beliau boleh ditangkap dan dikenkan tindakan undang2. Sabit kesalahan beliau boleh dikenkan denda RM3000 @ dua tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Justeru, jangan memaksa kami untuk bertindak. Syukran.