Friday, November 6, 2009

ANTARA PENDAKYAH WAHABI DAN PENDAKWAH ILAL-HAQQ......

Di Sebalik Penangkapan Bekas Mufti Perlis PDF Print E-mail
Selasa, 03 November 2009 06:57
altBekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri menganggap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuatkan beliau menunggu selama lebih sejam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini, adalah sebagai satu sabotaj. Sehingga pukul 10 pagi, pihak JAIS tidak hadir ke mahkamah, sedangkan Mohd Asri tiba sejak pukul 9 pagi seperti yang diarahkan JAIS. "Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini. "Pihak JAIS yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa disebaliknya," kata Mohd Asri. Terdahulu, lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap beliau yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah. Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar. Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut. Sementara itu, Thalia Rohaina Abdul Latif yang merupakan salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama tersebut berkata, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan. "Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa. "JAIS sepatutnya siasat dulu sebelum membuat tuduhan," katanya. Penyokong-penyokong Mohd Asri juga menganggap isu tidak bertauliah bukanlah alasan yang logik kerana beliau merupakan bekas mufti dan mempunyai kelayakan dalam ilmu hadis. Menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, beliau turut tidak berpuas hati apabila pihak JAIS turut mengaitkan Mohd Asri mengamalkan fahaman Wahabi. Mohd Asri bagaimanapun menafikan perkara tersebut. "Itu hanya fahaman rekaan mereka," jelasnya yang turut diwakili oleh peguam Zulkifli Che Yong, Azmi Mohd Rais dan beberapa peguam pemerhati dari mahkamah sivil. Dalam pada itu, Datin Paduka Marina Mahathir akui, beliau pernah mengikuti syarahan dan menyokong penuh bekas mufti itu. "Beliau kena aniaya kerana tuduhan itu tidak berasas. Beliau adalah seorang mufti, takkanlah tidak bertauliah? "Kalau dikatakan mengamalkan fahaman Wahabi, mereka faham kah makna Wahabi itu? Mereka kena faham terlebih dahulu, barulah buat tuduhan," kata Marina dalam nada marah.

Sumber: mStar Online 02/11/09

Kes Dr Asri...Siapa Yang Akan Untung?

Media hari ini sedang rancak melaporkan kes tangkapan Dr Asri oleh pihak JAIS. Semua pihak samada dari kelompok gerakan Islam, parti sekular seperti UMNO dan PKR mahupun golongan yang mempertikaikan syariah seperti SIS nampaknya menunjukkan simpati mereka masing-masing. Pelbagai persoalan timbul – bukankah JAIS berada di bawah PKR? Bukankah polis di bawah kerajaan pusat (UMNO)? Mengapa SIS pun ada sama sedangkan tidak ada isu gender di sini?

Semua ini merupakan jalan cerita yang menarik sebenarnya. Suatu ”situasi” telah dicetuskan yang mewujudkan ”pertembungan” di antara umat Islam secara umum dengan JAIS dengan Dr Asri sebagai ”antagonis” yang menjadi rebutan antara UMNO mahupun PAS. Kedua-dua parti mahu agar beliau bersama dengan perjuangan mereka. Umum mengetahui bahawa Dr Asri bukanlah tokoh agama yang banyak terlibat dengan aktiviti politik. Beliau pernah berdiri di atas pentas PAS Kelantan suatu masa dulu dan dalam masa yang sama beliau juga pernah berada di program-program kerajaan UMNO sekular terutamanya semasa menjadi mufti Perlis. Tulisan-tulisan beliau yang dipaparkan di dada akhbar arus perdana juga tidak banyak mengkritik pemerintah sekular yang ada pada hari ini.

Apakah isu tangkapan ini akan dimanfaatkan oleh mereka yang sedang menunggu peluang untuk memastikan perjuangan politik mereka akan mendapat keuntungan dari kes ini? Mungkinkah selepas ini ada yang ”ketawa” di sebalik kejadian ini? Kita sama-sama saksikan nanti kesudahan “cerita” ini. Yang pastinya tangkapan yang berlaku kepada Dr Asri itu ádalah kes yang terlalu kecil jika ingin kita bandingkan dengan tangkapan yang dilakukan oleh para pemerintah sekular di merata dunia umat Islam seperti di Turki, Uzbekistán, Pakistan, Mesir dan lain-lainnya ke atas para pejuang yang ingin mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah.

SUMBER : mykhilafah.com

KOMENTAR :
Memanglah melawan fahaman wahabi laknatullah merupakan satu tugas mulia yang perlu dipikul bersama, tidak hanya dibebankan ke atas kakitangan Jakim mahupun jabatan agama sahaja. Namun, yang dikesali ialah cara penangkapan tersebut dilakukan. Malahan, sebelum inipun, jika ada para pendakwah 100% (bukan yang makan komisyen 25%) serta ulama' muktabar yang mahu berdakwah, kenapa mereka juga turut dihalang atas alasan tauliah?

Kenapa pula di Perlis, pendakyah-pendakyah wahabi dibenarkan berceramah dengan bebas walaupun terdiri daripada kalangan yang disenaraihitamkan oleh Jakim? Tidakkah Umno Perlis serta wahabi saling bergantungan untuk mengekalkan status quo mereka di negeri paling utara itu?

Ada orang kata Zahid Hamidi kata wahabi tak sesat (masa dia jaga Jakim dulu)? Ya ka? Zahid tu reti agama ka? Adakah dia ulama ka ular dalam semak? Kalau dengan yahudi pun Zahid sanggup "bermuqabalah" (semasa dia pi Lubnan atas jawatan Menteri pertahanan), apalah pulak dengan wahabi. Agaknya Zahid dah buta hati atau buta perut kerana termakan banyak s ngat elaun atau duit riba semasa menjadi Pengerusi BSN dulu kot? Hanya Zahid yang tahu. Wallahu 'alam!