| | |
Khamis, 08 Oktober 2009 10:55 |
36,858 pelacur asing ("AYAM") kena tahan KUALA LUMPUR: Seramai 36,858 wanita warga asing ditahan kerana melacur sejak empat tahun lalu di seluruh negara (Malaysia Halam Hub). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata daripada jumlah itu, 7,810 wanita asing ditahan sepanjang sembilan bulan tahun ini. “Mereka termasuk wanita Uzbekistan. Seramai 211 wanita negara itu ditahan sejak 2005 dengan 56 daripadanya ditahan tahun ini. “Perangkaan itu cukup membimbangkan kerana boleh menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera,” katanya. Beliau berkata, kebanyakan pelacur asing terbabit, terutama dari Uzbekistan mampu menikmati kehidupan mewah hasil kegiatan tidak bermoral itu seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk pendapatan RM100,000 sebulan. “Polis memandang serius kegiatan ini dan operasi sentiasa dijalankan bagi membendungnya. Sejak sejak 2005 hingga 30 September lalu, 191 individu dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan pelacuran. “Seramai 265 individu lagi dikenakan tindakan undang-undang pencegahan. Polis akan menggempur sarang pelacuran di seluruh negara bagi memastikan Malaysia bersih kegiatan tidak bermoral,” katanya. Beliau turut meminta agensi berkaitan terutama Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan wanita warga asing di semua pintu masuk negara. Sumber: Berita Harian 05/10/09 Malaysia Syurga & Pusat Operasi Bagi "Ayam Halam Hub" (Pelacur) Suatu statistik yang cukup mengejutkan. Jumlah itu hanya untuk pelacur warga asing. Bagaimana pula dengan pelacur warga tempatan? Jika diambil kira kedua-duanya maka sudah pasti jumlahnya akan menjadi lebih besar. Nampaknya masyarakat di Malaysia semakin ramai yang terjebak kelembah maksiat! Arak, dadah, zina….aduhai… Wahai pemerintah yang berkuasa pada hari ini! Kamu adalah orang yang memegang kekuasaan. Apakah angka statistik yang dipaparkan ini tidak membawa apa-apa makna kepada kamu? Apakah kamu merasa tidak bersalah dengan keadaan ini? Ketahuilah bahawa semakin ramai individu masyarakat yang berada di bawah kekuasaan kamu ini yang menganggap kebahagian itu sebagai pemuasan hawa nafsu semata-mata. Inilah natijah dari penerapan sistem yang mengenepikan peranan Allah dalam kehidupan. Pihak pemerintah seharusnya sedar bahawa sistem yang mereka terapkan hari ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini. Idea kebebasan yang lahir dari aqidah sekular dan mendasari ideologi Kapitalisme adalah virus yang membawa kerosakan kepada kehidupan masyarakat yang ada hari ini. Wahai para penguasa umat Islam! Sudah sampai masanya untuk kamu mencampakkan ideologi Kapitalisme yang ketika ini masih kamu pertahankan dan terapkan. Wahai umat Islam! Sudah saatnya kalian bergerak untuk menuntut pemerintah yang menguasai kalian ketika ini agar menerapkan kehidupan Islam menggantikan kehidupan Kapitalisme kufur yang hina-dina ini. Jika mereka tidak bersedia maka kalian wajib menggunakan kuasa yang ada pada kalian untuk menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada yang bersedia untuk menerapkan Islam secara kaffah. “1Malaysia” tidak akan mampu menyelesaikan persoalan ini. Hanya sistem pemerintahan Islam di bawah institusi Khilafah sahaja yang mampu melakukannya. |
No comments:
Post a Comment