Monday, October 26, 2009
AYAM TAMBATAN BERSAMA FIRMA GLC
MISKIN ORANG KAYA LEBIH TERUK DARI ORANG MISKIN KAYA...?
Ramai orang nak jadi kaya...TAPI berapa ramai yang tau caranya????
ramai orang x nak jadi miskin...TAPI ramai orang buat-buat taktau caranya
Jadi miskin...senang je, wat MISScall, berlagak lah macam orang KAYA, pastu apply personal loan? pastu pegi shoppINg...
ckup bulan byr hutang...
apply kredit kad pastu...swept je apa yang nak beli...
cukup bulan gaji dah negatif...tp dok x sedar diri lagi...
ada PLATINUM kad la katakan...apa susah BAYAR HARI INI 5% je...minimun payment...
dpt statement bank....hah!!! baru tau sedar diri...HUTANG aku ada banyak lagi...
kad kredit??? hah..
dah x leh swept lagi...
apply la lagi!!!
tu je la...
gali lubang tutup lubang!!! sampai tua la...
ni ke yang korang kata best sgt makan gaji???
nak tunggu lagi???
kalau bersama firma GLC yang link dengan kerajaan, okla dapat ayam tambatan. tapi kalu dapat GLC = GALI LOBANG CORPORATION...apa ceritonyo eh jang..?
sudah2 la...beraya setahun sekali, jom kita raya2 hari-hari...
pergi shopping hari ni, tp guna cash la...
abis belanje 5rat la jugak...aku tau esk aku dpt lagi...
kalo korang nak terasa tempiasnyer..kol tol-free 012-3456789
p/s : kalau dapat projek ayam radix hpa lagi baguihhh...:)
Tuesday, October 20, 2009
AIR TERCEMAR DI NEGERI "DARUL PUNNAH"
LAPORAN : berita hairan 20 10 2009
Kandungan bahan asing dalam air terawat di Perlis, Kelantan tinggi
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan ferum dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.
Sebagai contoh, pada bulan Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan ferum dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.
Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus e.coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.
"Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan Jabatan Kesihatan.
Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk,
Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan. – Bernama
ANALISIS :
Isu masalah air bukanlah isu baru, malah ia adalah rentetan daripada isu-isu yang lalu yang semakin merumitkan lagi. Sebagai contoh, pada 25hb Februari yang lalu, seluruh
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah antara entiti awal yang masuk ke kandang tertuduh kerana dikatakan telah melepaskan tanggungjawabnya dalam merawat air yang dibekalkan kepada pengguna. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid telah menyelar tindakan Syabas yang mengatakan bahawa bekalan air di kawasan yang terjejas itu bukannya terletak di bawah tanggungjawab mereka [UTUSAN 04/03/06].
Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail pula berkata, dakwaan tersebut tidak tepat kerana Syabas dan syarikat pembekal air Selangor yang lain telah mengikut peraturan dan tata cara perjanjian konsesi yang telah dipersetujui oleh kesemua pemegang konsesi dan kerajaan negeri. Akhir-akhir ini, hasil siasatan terkini Jabatan Alam Sekitar mendapati, punca kejadian adalah daripada limpahan air kotor yang terjadi akibat masalah teknikal dari sebuah takungan pusat pelupusan sampah di Bukit Tagar, Selangor yang dibina dan dioperasikan oleh KUB-Berjaya Enviro, sebuah syarikat usaha sama antara Kumpulan Berjaya dan KUB Malaysia Bhd [UTUSAN 07/03/06].
Masalah berkaitan bekalan air seperti yang berlaku bukanlah satu isu yang baru di
Pada 15hb Disember 2005 yang lalu, pihak kerajaan yang diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi, ajensi-ajensi pelaksana, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Kerajaan Negeri Selangor telah menandatangani satu perjanjian konsesi yang melibatkan pengambilalihan PUAS oleh Syabas dalam bidang kuasa pengagihan dan pembekalan air terawat kepada semua pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perjanjian yang tidak mendapat liputan meluas itu telah menyebabkan Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 24hb Januari 2006 antara lainnya memohon siasatan dibuat terhadap beberapa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh Syabas.
Air – Keperluan Asas dan Minyak kurun ke 21
Air adalah satu kepentingan manusia yang paling asas dan tidak patut dipandang remeh. Air bukan setakat diperlukan dalam urusan makan minum dan mencuci pakaian semata-mata, malah ada ketikanya fungsi air menjadi sesuatu yang melibatkan hukum syara’ dimana tanpanya sesuatu yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai contoh, dalam hal bersuci, air adalah elemen penting bagi manusia untuk bersuci untuk membolehkan ibadah-ibadah khusus seperti solat dan haji dapat disempurnakan. Kebersihan air dalam konteks ini menjadi sesuatu yang premium dan perlu disediakan tanpa sebarang kecacatan. Dalam hal ini, kegagalan pihak yang bertanggungjawab memastikan bekalan air yang suci lagi menyucikan tidak boleh diterima.
Air adalah salah satu daripada sumber asli di dunia ini yang amat diperlukan sebagai salah satu keperluan asas manusia. Biarpun bumi pada dasarnya diliputi oleh 70% air, namun, 97.5% daripada air yang terdapat di dunia ini adalah air laut, 1.9% adalah dalam bentuk ais batu polar dan hanya 0.6% selebihnya sahaja yang boleh dimanfaatkan untuk keperluan harian. Oleh kerana itu, ada pihak yang berpendapat bahawa air boleh dikatakan sebagai minyak kurun ke 21 kerana kepentingannya dan potensinya dalam meraih keuntungan yang besar di masa akan datang. Ini adalah kerana air merupakan keperluan asas manusia yang tidak boleh diganti oleh bahan yang lain. Maka tidak hairanlah sekiranya proses penswastaan sumber air sentiasa dicanang kesana-kemari oleh ejen-ejen sistem kapitalis seperti Bank Dunia dan Koperasi Kewangan Antarabangsa (International Finance Corporation).
Namun secara praktiknya, apa yang telah berlaku adalah, projek-projek penswastaan yang dijalankan rata-rata menemui kegagalan dalam mencapai objektif perlaksanaannya. Rakyat semakin menderita dengan kenaikan tarif air yang membebankan pengguna berpendapatan rendah seperti kenaikan sehingga 4 kali ganda yang berlaku di Filipina. Kecekapan pengurusan yang masih di takuk lama dan berbagai masalah lain juga dipertikaikan. Jika kita bandingkan, kesan ke atas mereka yang terlebih dahulu mengikuti jalan-jalan penswastaan sumber air di negara mereka, didapati ianya saling tak tumpah dengan permasalahan yang menimpa negara kita. Kes air busuk juga pernah melanda bandar
Dengan kata lain, apabila suatu sumber keperluan rakyat, seperti air, diswastakan dengan harapan agar ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan mutu bekalan yang diterima, kita sebenarnya meletakkan harapan kepada sesuatu yang belum pasti akan berjaya. Hakikatnya, realiti menunjukkan (berdasarkan contoh-contoh yang telah berlaku di seluruh dunia) kejayaannya jarang-jarang, keberkesanannya kadang-kadang, tetapi bebanannya terhadap rakyat memang banyak berlaku.
Hakikatnya, air dikategorikan sebagai harta kepemilikan umum untuk seluruh umat/rakyat. Tiada seseorang individupun yang berhak secara penuh terhadap sumber air melainkan beberapa pengecualian yang telah ditetapkan oleh syara’. Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dari salah seorang Muhajirin yang mengatakan: Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Manusia sama-sama memerlukan dalam tiga perkara: air,
Dalam konteks ini, syara’ menegaskan bahawa Daulah (Negara) perlu memikul tanggungjawab menguruskan harta-harta kepemilikan umum ini dalam kapasitinya sebagai wakil umat. Dalam memenuhi tanggungjawab ini, syara’ tetap melarang Daulah memberikan atau menukar harta kepemilikan umum kepada mana-mana individu atau entiti (sebagai contoh memberikan hak ke atas sumber air milik umum dengan balasan royalti atau pembayaran tertentu kepada Daulah). Selain dari bentuk-bentuk yang diharamkan ini, Daulah berhak untuk menguruskan sumber-sumber air sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam yang lain.
- Di Perlis, selain daripada kandungan batu kapur yang tinggi, ia diburukkan pula oleh kehadiran klorin, e-coli dan aluminium yang tinggi yang heboh diperkatakan dalam media perdana baru-baru ini.
- Klorin tinggi dalam air adalah disebabkan kadar pencemaran tinggi…maka ia digunakan dalam LRA.
- Pencemaran e-coli, klorin dan aluminium saling berkait atau bersilang dalam meningkatkan pencemaran air.
Sebab/Punca :
- Pencemaran industri
- Bahan buangan isi rumah
- Gerai2/pengusaha makanan
- Buangan organic dan sisa makanan serta najis : tingkatkan e-coli
- Kurang kesedaran/pendidikan
- sikap pengguna
- Rasuah
- Penguatkuasaan/pemantauan lemah
Cara atasi :
Ø Di manakan peranan Jabatan Alam Sekitar (Jas), Jps dan Jba?
Ø Penggunan water filter dan penapis klorin sebagai short-term solution oleh pengguna.
Ø Adakah peruntukan RM300 juta setahun digunakan sebaiknya oleh Jps bagi membersih sungai2 seluruh
Ø Ceramah agama/khutbah yang relevan – mengaitkan hukum fiqah berkaitan air dengan isu semasa.
Ø Kawalan industri logam berat spt saduran timah yg melepaskan sisa logam ke sumber air.
Ø Wartakan kawasan sumber air mentah agar tiada pencerobohan berlaku.
Ø Cuci kolam / LRA secara berkala.
Ø Koordinasi n komunikasi tingkatkan antara agensi terlibat.
Ø Kesedaran ahli politik/pemimpin Negara.
Ø Peranan Jabatan Hutan sama2 menjaga kawasan diwartakan.
Ø Peranan bersama persatuan dan NGO pengguna mendesak reformasi system bakalan air nasional negara selain kesedaran di tahap individu.
Ø Pemantauan serta persampelan ditingkatkan, secara berkala..menggunakan kit ujian terbaru (dapat ketahui keputusan segera / on-site..tanpa perlu bawa balik sample ke makmal).
Ø Pendidikan/kesedaran oleh institusi pengguna, kemasyarakatan dan pelajaran/sekolah.
Ø Peranan PBT spt MPK dalam pemantauan dan penguatkuasaan, samada kepada pencemar atau industri yang tidak bertanggungjawab dengan denda untuk pemulihan dan sebagainya.
Ø Plan pembangunan haruslah terancang, kolektif dan lestari.
Lain-Lain Saranan
Ø Kerajaan selaku pihak berwajib tidak harus menuding jari dan mengelak daripada bertanggungjawab dalam isu air yang tak kunjung padam kepada pihak swasta ataupun pencemar dan pihak ketiga yang lain.
Ø Awasi dengan pihak peniaga ataupun kapitalis jualan langsung yang
Ø Penerapan hukum Islam dalam isu air hendaklah dilaksanakan segera kerana air adalah untuk kegunaan dalam ibadah selain keperluan asasi manusia. Di manakah penerapan ajaran Islam dalam hal berkaitan di negeri yang mendakwa sebagai “darus sunnah” ini?
Ø Memanfaatkan penyelidikan oleh IPT tempatan dalam bidang pengurusan bekalan air dan alam sekitar yang mapan, di samping penggunaan teknologi terkini yang berkesan dan kos-efektif seperti EM dan sebagainya dalam perawatan air dan sisa buangan.
Ø Plan pemulihan system bekalan air jangkapanjang haruslah dirangka segera secara kolektif di peringkat nasional agar masalah ini tidak lagi menghantui rakyat mahupun menjejaskan kehidupan penduduk di Negara yang berstatus “hadhari” ini.
Sunday, October 11, 2009
DOUBLE STANDARD SYAITAN AMERIKA
PADANG 9 Okt. - Bantuan besar untuk mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat tiba hari ini dengan kapal dan helikopter Amerika Syarikat (AS). Menurut pegawai Indonesia, jumlah korban akibat gempa itu kini mencecah 784 orang dengan peluang menyelamatkan 242 mangsa lagi yang masih hilang semakin tipis. Ketua Pegawai Kecil, Ty Swartz berkata, kapal USS Denver dan USS Cambell tiba lawat semalam di wilayah Sumatera Barat membawa bertan-tan bantuan dan peralatan berat. Empat helikopter dari kapal tersebut pula tiba di pangkalan tentera Indonesia di sini dan akan memulakan penerbangan membahagi-bahagikan bantuan dan memindahkan mangsa yang cedera dari kawasan yang terputus hubungan akibat tanah runtuh.
Sementara itu, Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya berkata, tiga hari selepas gempa kuat berukuran 7.9 pada skala Richter itu, sebanyak 389 gempa susulan berlaku di wilayah Sumatera Barat dengan kekuatan antara tiga hingga empat skala Richter. "Walaupun gempa itu tidak kuat, tetapi ia mungkin boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tertimpa runtuhan bangunan. "Kita khuatir bangunan yang strukturnya telah lemah akibat gempa sebelum ini akan runtuh disebabkan gempa susulan," katanya. Data terakhir mendedahkan lebih 400 mangsa yang terbunuh telah ditemui di bawah runtuhan bangunan, manakala kira-kira 300 lagi cedera. - Agensi
Sumber: Utusan Meloya: 10/10/09
ULASAN : “Double Standard” Amerika
Ketahuilah bahawa Amerika Syarikat sebagai kuasa besar Kapitalis tidak akan melakukan sesuatu perkara melainkan ianya disandarkan dan didorong dengan asas manfaat. Oleh itu, berita AS memberikan bantuan yang besar kepada mangsa gempa di Padang Sumatera tidak seharusnya mengelirukan umat Islam akan siapa AS sebenarnya. Apakah bantuan yang dihulurkan oleh AS itu dapat menutup “bau busuk” kekejaman dan kebiadapan yang dilakukan oleh tenteranya di Iraq, Afghanistan dan di beberapa negeri umat Islam yang lain? Allah SWT merakamkan watak sebenar AS sebagai negara yang memanifestasikan “double standard” sebagaimana firmanNya “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. [TMQ Al Muthaffifii (83) : 1-3].
Dalam konteks dunia hari ini, kita dapat menyaksikan sendiri betapa hodohnya wajah AS itu. Bagaimana AS boleh disatu sisi memberikan bantuan kemanusian kepada umat Islam yang ditimpa musibah bagi meneruskan kehidupan mereka, namun di sisi lain mereka jugalah yang membunuh dan membantai umat Islam.
Wahai umat Islam! Sedarilah bahawa ketika tangan kiri AS memberikan bantuan kemanusiaan, dalam masa yang sama, tangan kanannya berlumuran dengan darah umat Islam. Bukan itu sahaja, malah mereka turut dibantu oleh para pemimpin sekular-munafik yang menjadi khadam-khadam setia mereka di peringkat tempatan atau glokal.
Wahai umat Islam! Janganlah kalian ditipu oleh musuh Islam seperti AS yang saat ini melindungi wajah hodoh mereka yang sebenarnya dengan perbuatan kemanusiaan seperti yang dilakukannya di Padang. Janganlah kalian tertipu dengan tipu daya syaitan!
Wahai umat Islam! Seharusnya, kalianlah yang berlumba-lumba menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa di Padang. Bukankah kekayaan yang dilimpahkan Allah SWT ke atas umat Islam hari ini sewajibnya dihulurkan kepada mereka yang memerlukan? Nampaknya ramai para pemimpin umat Islam lebih rela membelanjakan harta yang mereka rampas dari umat Islam untuk mengenyangkan perut mereka sendiri sahaja! Tunggulah ketetapan Allah nanti, di hari yang tiada ketetapan lain kecuali ketetapanNya, wahai para pemimpin yang khianat!
Saturday, October 10, 2009
MASALAH MENGUAP
Menguap tidak dapat dielakkan, terutama ketika keletihan, solat, memandu dan sebagainya.
Apakah punca-puncanya?
Banyak sebab tetapi ringkasnya di sini, akibat kekurangan oksigen di otak. Apabila oksigen kurang, maka aktiviti menguap berlaku kerana mulut perlu menyedut lebih oksigen bagi membekalkannya kepada aktiviti tertentu yang memerlukan lebih tumpuan, seperti solat, belajar, mengajar, memandu dan sebagainya.
Dalam solat, menguap dikaitkan dengan gangguan syaithan. Jadi, sewajarnya samada semasa solat ataupun di luar solat, kita seraya menutup mulut dan membaca ‘istiadzah (doa perlindungan dari syaitan).
Manakala dalam aktiviti-aktiviti lain juga, menguap berlaku akibat kekurangan oksigen selain daripada muslihat syaitan untuk melihat anak-anak Adam lali dari melakukan ibadah dan perkara-perkara yang baik (makruf) seperti belajar, bekerja mencari rezeki yang halal dan sebagainya. Menguap juga menjadi sebab penurunan produktiviti seseorang pelajar, pengajar mahupun pekerja.
Perhatikan…jika kita menonton cerita-cerita yang lagha di kaca t.v, kenapa Tan Sri Syeh-Tan tak mai kacau pun? Kaki lepak dan rempit tak menguap pun, begitu juga artis-artis semasa yang ditugaskan untuk melalaikan kita oleh Tan Sri Dato Seri Syeh-Tan.
Rawatan
- Tidur yang mencukupi
- Solat wajib yang berkualiti dan sunat/qiyamullail yang mencukupi.
- Senaman/jogging
- Riadhah ringan di tempat kerja/regangan
- Senaman pernafasan serta zikir nafas
- Madu + kopi Radix + Green centella
- Memakai wangian d’ kasturi perfumes (aromaterapi)
- Mandi dan berehat jika perlu. Jangan memandu ketika mengantuk!
- Banyakkan minum air tenaga gelombang Tabasheer Vitanergy
- Dapatkan mandi wap dan masaj Powerking jika perlu.
Thursday, October 8, 2009
36.8 RIBU EKOR AYAM DITANGKAP
| | |
Khamis, 08 Oktober 2009 10:55 |
36,858 pelacur asing ("AYAM") kena tahan KUALA LUMPUR: Seramai 36,858 wanita warga asing ditahan kerana melacur sejak empat tahun lalu di seluruh negara (Malaysia Halam Hub). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata daripada jumlah itu, 7,810 wanita asing ditahan sepanjang sembilan bulan tahun ini. “Mereka termasuk wanita Uzbekistan. Seramai 211 wanita negara itu ditahan sejak 2005 dengan 56 daripadanya ditahan tahun ini. “Perangkaan itu cukup membimbangkan kerana boleh menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera,” katanya. Beliau berkata, kebanyakan pelacur asing terbabit, terutama dari Uzbekistan mampu menikmati kehidupan mewah hasil kegiatan tidak bermoral itu seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk pendapatan RM100,000 sebulan. “Polis memandang serius kegiatan ini dan operasi sentiasa dijalankan bagi membendungnya. Sejak sejak 2005 hingga 30 September lalu, 191 individu dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan pelacuran. “Seramai 265 individu lagi dikenakan tindakan undang-undang pencegahan. Polis akan menggempur sarang pelacuran di seluruh negara bagi memastikan Malaysia bersih kegiatan tidak bermoral,” katanya. Beliau turut meminta agensi berkaitan terutama Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan wanita warga asing di semua pintu masuk negara. Sumber: Berita Harian 05/10/09 Malaysia Syurga & Pusat Operasi Bagi "Ayam Halam Hub" (Pelacur) Suatu statistik yang cukup mengejutkan. Jumlah itu hanya untuk pelacur warga asing. Bagaimana pula dengan pelacur warga tempatan? Jika diambil kira kedua-duanya maka sudah pasti jumlahnya akan menjadi lebih besar. Nampaknya masyarakat di Malaysia semakin ramai yang terjebak kelembah maksiat! Arak, dadah, zina….aduhai… Wahai pemerintah yang berkuasa pada hari ini! Kamu adalah orang yang memegang kekuasaan. Apakah angka statistik yang dipaparkan ini tidak membawa apa-apa makna kepada kamu? Apakah kamu merasa tidak bersalah dengan keadaan ini? Ketahuilah bahawa semakin ramai individu masyarakat yang berada di bawah kekuasaan kamu ini yang menganggap kebahagian itu sebagai pemuasan hawa nafsu semata-mata. Inilah natijah dari penerapan sistem yang mengenepikan peranan Allah dalam kehidupan. Pihak pemerintah seharusnya sedar bahawa sistem yang mereka terapkan hari ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini. Idea kebebasan yang lahir dari aqidah sekular dan mendasari ideologi Kapitalisme adalah virus yang membawa kerosakan kepada kehidupan masyarakat yang ada hari ini. Wahai para penguasa umat Islam! Sudah sampai masanya untuk kamu mencampakkan ideologi Kapitalisme yang ketika ini masih kamu pertahankan dan terapkan. Wahai umat Islam! Sudah saatnya kalian bergerak untuk menuntut pemerintah yang menguasai kalian ketika ini agar menerapkan kehidupan Islam menggantikan kehidupan Kapitalisme kufur yang hina-dina ini. Jika mereka tidak bersedia maka kalian wajib menggunakan kuasa yang ada pada kalian untuk menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada yang bersedia untuk menerapkan Islam secara kaffah. “1Malaysia” tidak akan mampu menyelesaikan persoalan ini. Hanya sistem pemerintahan Islam di bawah institusi Khilafah sahaja yang mampu melakukannya. |
Monday, October 5, 2009
MALAYSIA NEGARA "HALAM HUB" HADHARI
PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini. Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.
Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini. Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos. DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan
Utusan Malaysia:29/09/09
Sumber: Utusan Malaysia 29/09/09
Pesalah Rasuah Calon UMNO Di Negara Halam Hub
Dunia politik sekular mendedahkan pekungnya lagi apabila pengamal rasuah masih diletakkan kepercayaan untuk menjadi calon mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Apakah UMNO sudah ketandusan calon yang beribawa untuk ditonjolkan sebagai calon mereka buat kali ini. Nampaknya nasihat dan pandangan yang diberikan oleh Mahathir sebelum dari ini supaya UMNO tidak mencalonkan Isa Samad tidak dipedulikan. Inilah percaturan politik Kapitalisme. Matlamat menghalalkan cara. Bagi para politikus Kapitalisme persoalan syakhsiah ataupun peribadi calon bukanlah perkara penting. Begitu juga dengan persoalan sistem. Sistem apa yang akan diterapkan bukanlah perkara penting buat mereka. Yang penting kekuasaan berada di tangan mereka.
Sedangkan bagi Islam, keperibadian seseorang yang ingin menjadi pemimpin dan sistem yang akan diterapkan adalah dua indikator yang perlu memenuhi hukum syara’. Pemimpin dan sistem yang baik akan menghasilkan natijah yang baik kepada individu, masyarakat dan negara. Yang pastinya saat ini negara dipimpin oleh pemimpin yang menerapkan sistem kufur demokrasi ciptaan Barat yang sudah pasti akan menimbulkan 1001 macam masalah dalam kehidupan masyarakat dan negara. Di saat negara jiran kita, Thailand telah berjaya menjadi "Hailam Hub" di Asia, Malaysia pula terhegeh-hegeh berusaha menjadi "HALAM HUB" di dunia dengan mencampur-adukkan di antara yang halal dengan yang haram menurut ajaran hadhari yang dianuti oleh para pemimpin sekular negara ini sepertimana yang diilhamkan oleh PakLah Hadhari.
Wahai umat Islam kamu wajib mengubah keadaan ini. Kamu wajib berusaha menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam, sistem Khilafah. Ketahuliah bahawa sistem Khilafah ini adalah sistem pemerintahan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, diteruskan oleh para sahabat sehinggalah akhirnya dihancurkan oleh Mustafa Kamal Attartuk pada 3 Mac 1924 di Turki. Kini umat Islam tertipu dengan sistem pemerintahan demokrasi ciptaan Barat. Sampai bilakah umat Islam akan kembali sedar dari penipuan kuffar Barat ini?