Wednesday, September 30, 2009

AYAM OH AYAM....

27 September 2009

Pasaran ayam yang meningkat di cawangan-cawangan

Musim perayaan yang lepas peningkatan penjualan ayam KITA telah berlaku diseluruh Malaysia. Ini bererti bahawa pengguna sudah memberikan respon positif terhadap halal dan haram industri ayam di Malaysia. "Saya tak beli ayam HPA tapi saya beli ayam kampung..." kata salah seorang pengguna.
Sekali lagi saya perlu berikan infomasi pada ahli-ahli HPA bahawa ayam kampung yang dijual bukan kesemua ayam yang dipelihara dikampung dengan makanan organik diatas tanah,padi dan dedak.Tetapi ayam kampung yang dimaksudkan ialah ayam yang diternak komersial daripada spesis yang dikenali sebagai ayam kampung. Sama seperti ayam pedaging yang lain,boleh di sembelih pada umur 35 hari tetapi ia lebih tahan dengan penyakit. Cara penternakanya ,makanan dan ubatanya tetap sama masih menggunakan dedak yang mengandungi DCP(tulang haiwan). Apa beza dengan ayam daging ? tak ada beza cuma namanya sahaja yang berubah seperti riba dan interest!

ULASAN :
Tulisan Pengarah pasai ayam menarik perhatian saya. ya, ayam ternakan komersial samada ayam kampung atau ayam metropolitan, tapi jika tidak diternak secara organik dan halal, maka natijahnya sama saja.

ada beberapa ramuan istimewa bagi menggemokkan ayam serta mencantikkannya (berdasarkan temubual dengan pekerja industri ayam) .

1. dedak ayam beta agonist
dedak ada hormon penggalak tumbesaran yang sedia maklum, beta agonist...daripada sumber tidak halal.

gantikan makanan ayam dengan beta karoten daripada sumber alami, juga daripada jagung.

2. minyak
dedak tadi akan digaul pula dengan minyak bagi tujuan melicinkan kulit. amboi....ingatkan "ibu ayam ipoh mali" saja yang kena licinkan kulit, rupa-rupanya ayam yang terkurung pun perlukan kulit yang cantik seperti ratu cantik.

jika ya pun, gunakan minyak yang halal dan ada omega-3.

3. serbuk batu kisar

serbuk batu daripada pantai dikisar halus untuk digaul bersama dedak ayam tadi sebelum diberi sebagai makanan ayam. tujuannya bagi menambahkan berat telur ayam. ingatkan dr Hisham saja yang meniaga batu, rupa-rupanya ayam pun diberi makan batu jugak.

apakah kementerian kesihatan dan hal ehwal pengguna ada membuat kajian serta siasatan mengenai perkara ini?

fikirkan serta buat tindakan segera. jangan biarkan ayam berbulu musang menguasai pasaran ayam kita!

PETUA AWET MUDA (ENGLISH EDITION)

A FEW TIPS TO ENJOY A YOUTHFUL LIFE:

1. Dont smoke too much or don't smoke at all.

2. Work hard.

3. Drink good drinks.

4. Smile as much as you can.

5. Dont look much at the mirror.

6. Change your life routine.

7. Take care of your appearance.

8. Brush your teeth after meals.

9. Make lovely jokes with your friends.

Thursday, September 24, 2009

BAHAYA 3 SEKAWAN

Tuesday, September 1, 2009


Pemikiran serta ajaran Wahhabiyah tidak sesuai diamal kerana menyesatkan umat serta amat dikhuatiri boleh memecah-belah ummah!


FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Al-Janggut Al-Merahy mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam liberal (tajaan Umno) mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.


Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan (bahawa) masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara (ini) tidak didedahkan. "Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman yang betul mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan aqidah dan negara," katanya.


Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi'ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan. "Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan," katanya.


Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan "Aliran Pemikiran Islam Liberal" dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. "Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad," katanya. Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya'irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi'ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani. Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.


Nota : Di edit dari wartawan : Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.


Kesimpulan :

1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan amalan, tetapi tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara. Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke akar umbi.


2) Bersama kita semarakkan program Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan yang terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.


3) Tiba masanya undang-undang sivil dan syariah diperkasakan (menurut pandangan Ustaz Zamihan) bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan pematuhan kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang tidak bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami akan menggempur kamu! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Wednesday, September 23, 2009

Monday, September 21, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mon | Sep 21, 09 | 6:42:45 am MYT

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Iklan

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._


Thursday, September 17, 2009

MASJID PERLU BEBAS POLITIK

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia, 12/09/09

Benar Kata Utusan, Masjid Perlu Bebas Dari Agenda Politik Golongan Sekular

“Islam tidak boleh dicampur dengan urusan politik”. “Jangan cakap politik didalam masjid”. “Jangan cemari masjid dengan politik” . “Masjid perlu bebas politik”. Ini semua adalah cakap-cakap yang keluar dari pemikiran sekular yang melingkari kehidupan sebahagian umat Islam terutamanya para pemimpin politik sekular yang berkuasa saat ini. Malangnya apabila masjid digunakan untuk kegiatan mereka maka itu tidak salah, tetapi ini tidak bagi pihak lain. Para pemimpin Kapitalis ini sering melihat politik sebagai suatu unsur yang asing dari Islam dan perlu dijauhkan daripada perkara-perkara yang mulia di sisi Islam seperti masjid dan sebagainya. Inilah kesannya apabila umat Islam telah dikalahkan pemikirannya oleh pemikiran politik Kapitalisme iaitu suatu pemikiran yang memisahkan urusan agama dengan kehidupan sedangkan Islam mengajarkan bahawa politik ataupun siasah itu adalah merupakan perkara yang termasuk di dalam ajaran Islam. Islam tidak mengenal konsep pengasingan di antara urusan dunia dengan akhirat. Malahan dunia adalah merupakan jambatan untuk mendapatkan kebaikan di hari akhirat kelak.

Bukankah Rasul SAW menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran bagi Daulah Islam Madinah untuk mengatur kehidupan warganegara Madinah suatu masa dulu? Hari ini, hakikatnya berbeza. Perkara yang berkaitan dengan muhasabah dan peringatan ke atas para pemimpin yang kerap disuarakan di dalam masjid ditolak oleh para pemerintah sekular sebagai suatu yang tidak wajar. Para pemimpin sekular yang ada pada hari ini nampaknya tidak dapat menerima muhasabah dan teguran yang ditujukan kepada mereka walaupun ianya adalah suatu kebenaran.

Wahai para pemimpin sekular! Jika kamu tidak mahu diri kamu dimuhasabah ataupun diingatkan dengan kebenaran maka amat malanglah sebenarnya keadaan diri kamu itu. Wahai para pemimpin sekular! Lihatlah teguran dan muhasabah itu dengan pandangan yang positif, bukannya dengan pandangan yang negatif malahan yang paling buruk lagi ialah apabila kamu menutup pintu-pintu hidayah yang Allah SWT anugerahkan kepada kamu berupa mata, telinga dan akal untuk kamu memahami Islam agar kamu mendapatkan hidayah dengannya. Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al-A'raaf (7) : 179].

Apakah salah jika kita membincangkan ayat-ayat sebegini di dalam masjid?

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An-Nisaa’ (4) : 65].

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”. [TMQ Al- Maaidah (5) : 44].

Dan banyak lagi ayat-ayat yang sepertinya. Bukankah kita diperintahkan untuk memberikan peringatan sesama umat Islam?

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman”. [TMQ Adz-Dzaariyaat (51) :55]

Bukankah apabila tiba bulan Ramadhan, kebanyakan surau dan masjid penuh dengan jemaah dan inilah saat yang cukup baik untuk majlis-majlis tazkirah dilakukan semoga mesej Islam itu dapat disampaikan kepada umat Islam yang hadir. Oleh kerana itu sepatutnya tidak akan timbul isu bercakap politik di dalam masjid seperti yang digusari oleh pemimpin sekular di atas. Hanya mereka yang tidak mahu tunduk kepada kebenaran sahaja akan kepanasaan dan gelisah dengan keadaan yang sebegini. Yang pastinya masjid sememangnya perlu dibebaskan dari politik kufur sekular tetapi tidak untuk politik Islam.