27 September 2009
Pasaran ayam yang meningkat di cawangan-cawangan
Musim perayaan yang lepas peningkatan penjualan ayam KITA telah berlaku diseluruh Malaysia. Ini bererti bahawa pengguna sudah memberikan respon positif terhadap halal dan haram industri ayam di Malaysia. "Saya tak beli ayam HPA tapi saya beli ayam kampung..." kata salah seorang pengguna.Sekali lagi saya perlu berikan infomasi pada ahli-ahli HPA bahawa ayam kampung yang dijual bukan kesemua ayam yang dipelihara dikampung dengan makanan organik diatas tanah,padi dan dedak.Tetapi ayam kampung yang dimaksudkan ialah ayam yang diternak komersial daripada spesis yang dikenali sebagai ayam kampung. Sama seperti ayam pedaging yang lain,boleh di sembelih pada umur 35 hari tetapi ia lebih tahan dengan penyakit. Cara penternakanya ,makanan dan ubatanya tetap sama masih menggunakan dedak yang mengandungi DCP(tulang haiwan). Apa beza dengan ayam daging ? tak ada beza cuma namanya sahaja yang berubah seperti riba dan interest!
ULASAN :
Tulisan Pengarah pasai ayam menarik perhatian saya. ya, ayam ternakan komersial samada ayam kampung atau ayam metropolitan, tapi jika tidak diternak secara organik dan halal, maka natijahnya sama saja.ULASAN :
ada beberapa ramuan istimewa bagi menggemokkan ayam serta mencantikkannya (berdasarkan temubual dengan pekerja industri ayam) .
1. dedak ayam beta agonist
dedak ada hormon penggalak tumbesaran yang sedia maklum, beta agonist...daripada sumber tidak halal.
gantikan makanan ayam dengan beta karoten daripada sumber alami, juga daripada jagung.
2. minyak
dedak tadi akan digaul pula dengan minyak bagi tujuan melicinkan kulit. amboi....ingatkan "ibu ayam ipoh mali" saja yang kena licinkan kulit, rupa-rupanya ayam yang terkurung pun perlukan kulit yang cantik seperti ratu cantik.
jika ya pun, gunakan minyak yang halal dan ada omega-3.
3. serbuk batu kisar
serbuk batu daripada pantai dikisar halus untuk digaul bersama dedak ayam tadi sebelum diberi sebagai makanan ayam. tujuannya bagi menambahkan berat telur ayam. ingatkan dr Hisham saja yang meniaga batu, rupa-rupanya ayam pun diberi makan batu jugak.
apakah kementerian kesihatan dan hal ehwal pengguna ada membuat kajian serta siasatan mengenai perkara ini?
fikirkan serta buat tindakan segera. jangan biarkan ayam berbulu musang menguasai pasaran ayam kita!
No comments:
Post a Comment