Wednesday, September 23, 2009
Monday, September 21, 2009
PERUTUSAN HARI RAYA
| Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mon | Sep 21, 09 | 6:42:45 am MYT | |||||||
| Assalamu'alaikum wa Rahmatullah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T. Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini. Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama. Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini. Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan. Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat. Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah. Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala. Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus. Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti. Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain. Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala. Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam. Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama. Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala. Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat. Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan. Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._ | |||||||
Thursday, September 17, 2009
MASJID PERLU BEBAS POLITIK
Benar Kata Utusan, Masjid Perlu Bebas Dari Agenda Politik Golongan Sekular
“Islam tidak boleh dicampur dengan urusan politik”. “Jangan cakap politik didalam masjid”. “Jangan cemari masjid dengan politik” . “Masjid perlu bebas politik”. Ini semua adalah cakap-cakap yang keluar dari pemikiran sekular yang melingkari kehidupan sebahagian umat Islam terutamanya para pemimpin politik sekular yang berkuasa saat ini. Malangnya apabila masjid digunakan untuk kegiatan mereka maka itu tidak salah, tetapi ini tidak bagi pihak lain. Para pemimpin Kapitalis ini sering melihat politik sebagai suatu unsur yang asing dari Islam dan perlu dijauhkan daripada perkara-perkara yang mulia di sisi Islam seperti masjid dan sebagainya. Inilah kesannya apabila umat Islam telah dikalahkan pemikirannya oleh pemikiran politik Kapitalisme iaitu suatu pemikiran yang memisahkan urusan agama dengan kehidupan sedangkan Islam mengajarkan bahawa politik ataupun siasah itu adalah merupakan perkara yang termasuk di dalam ajaran Islam. Islam tidak mengenal konsep pengasingan di antara urusan dunia dengan akhirat. Malahan dunia adalah merupakan jambatan untuk mendapatkan kebaikan di hari akhirat kelak.
Bukankah Rasul SAW menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran bagi Daulah Islam Madinah untuk mengatur kehidupan warganegara Madinah suatu masa dulu? Hari ini, hakikatnya berbeza. Perkara yang berkaitan dengan muhasabah dan peringatan ke atas para pemimpin yang kerap disuarakan di dalam masjid ditolak oleh para pemerintah sekular sebagai suatu yang tidak wajar. Para pemimpin sekular yang ada pada hari ini nampaknya tidak dapat menerima muhasabah dan teguran yang ditujukan kepada mereka walaupun ianya adalah suatu kebenaran.
Wahai para pemimpin sekular! Jika kamu tidak mahu diri kamu dimuhasabah ataupun diingatkan dengan kebenaran maka amat malanglah sebenarnya keadaan diri kamu itu. Wahai para pemimpin sekular! Lihatlah teguran dan muhasabah itu dengan pandangan yang positif, bukannya dengan pandangan yang negatif malahan yang paling buruk lagi ialah apabila kamu menutup pintu-pintu hidayah yang Allah SWT anugerahkan kepada kamu berupa mata, telinga dan akal untuk kamu memahami Islam agar kamu mendapatkan hidayah dengannya. Firman Allah SWT :
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al-A'raaf (7) : 179].
Apakah salah jika kita membincangkan ayat-ayat sebegini di dalam masjid?
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An-Nisaa’ (4) : 65].
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”. [TMQ Al- Maaidah (5) : 44].
Dan banyak lagi ayat-ayat yang sepertinya. Bukankah kita diperintahkan untuk memberikan peringatan sesama umat Islam?
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman”. [TMQ Adz-Dzaariyaat (51) :55]
Bukankah apabila tiba bulan Ramadhan, kebanyakan surau dan masjid penuh dengan jemaah dan inilah saat yang cukup baik untuk majlis-majlis tazkirah dilakukan semoga mesej Islam itu dapat disampaikan kepada umat Islam yang hadir. Oleh kerana itu sepatutnya tidak akan timbul isu bercakap politik di dalam masjid seperti yang digusari oleh pemimpin sekular di atas. Hanya mereka yang tidak mahu tunduk kepada kebenaran sahaja akan kepanasaan dan gelisah dengan keadaan yang sebegini. Yang pastinya masjid sememangnya perlu dibebaskan dari politik kufur sekular tetapi tidak untuk politik Islam.
Sunday, September 13, 2009
ANDAI INI IFTAR TERAKHIR....
SEANDAINYA INI IFTAR TERAKHIR..............
Ramadhan akan berakhir
Syawal menjelang tiba
Umur semakin akhir
Bebaskah anda daripada sebarang dosa?
Andai ini iftar terakhir
Belum tentu ketemu kembali
Mengapa disibukkan dengan kuih dan langsir
Sedangkan kita bakal bertemu Rabbul Izzati?
Syawal menggamit datang
Surau semakin sepi
Ajal pastinya mendatang
Tinggallah di alam yang sunyi sepi!
Thursday, September 10, 2009
ANDAI INI RAMAHDAN TERAKHIR....

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR( renungan sempena ramadan yg bakal tiba)
Buat tatapan teman2 sekadar berkongsi apa yg baca dari email....
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu .. mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu .. andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu .. sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' .. tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri .. menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji .. "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" .. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu .. setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja .. di setiap kesempatan juga masa yang terluang .. alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU .. tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang .. mari kita meriahkan Ramadhan .. kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani .. menanti-nanti jemputan Izrail .. di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami .. jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami .. menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi .. semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui .. apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya .. yang mampu bagi seorang hamba itu .. hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Al lah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin..... andai benar ini Ramadhan terakhir buat Meawww...?
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH MEAWW LAKUKAN


