Monday, March 29, 2010

MELAYU MUDAH LAPAU....DAH LAMAA DAHHHH

BERITA TERKINI LAGI SENSASI

(DENGAR SAMBIL MINUM REDIX SARSI)

50,000 pelabur kena tipu, rugi RM100 juta sejak 2 tahun lalu = (KERANA) join pelaburan cacing, lintah, sarang burung layang2, lembu, kafe kopi tiam di Malaysia (Berita Minggu Ahad 28/3/2010)

awas!!! skim seperti ini akan berulang2 lagi...ramai yang mahu kaya tapi tak mahu berusaha...seperti kata pepatah Melayu Mudah Lupa.....

join bioasli=perniagaan ONLINE NO1 DI MALAYSIA=DIAKUI SMIDEC 2008!!!

PASAI APA JADI LAGU TU....?


PASAINYA MELAYU MUDAH LAPAU (LAPAR), APA SAJA YANG DIHIDANG DEPA PAKAI ACI HENTAM KROMO AJA, BUKANNYA KIRA HALAL-HARAM, POSITIF-NEGETIF. BILA MUDAH LAPAU, MAKA JADILAH MUDAH LUPA. BILA DAH LUPA, SEMUA DITERPA...TAK KIRA RASUAH KA, DADAH KA, DEDAH KA, CEPAT KAYA ATAU CEPAT KAYAP. KENA ANGPAU, DEPA MUDAH LUPA, KALU KENA PENAMPAU, BARU DEPA TAK MUDAH LUPA...!

DEPA PULAK BODOH SOMBONG TAKMAU TANYA ORANG YANG RETI ATAU MINTAK NASIHAT BANK...YANG LEBIH FAHAM BAB-BAB PELABURAN NIH, SEBABNYA TIAP-TIAP PAGI DEPA DAH PI MELABUR KAT BENK DI BELAKANG RUMAH ATAU DI "RIVER BANK" TUU. JADI, DEPA BUKANNYA MELABUR, HANYA MELEBUR WANG KE DALAM POKET ORANG LAIN....! ALAHAI KESIAN BANGSAKU YANG MUDAH LAYU...SEBAB TU KOT NAMANYA MELAYU..????

JENIS2 PELABURAN TU BUKAN TAK UNTUNG LANGSUNG ATAWAW TIADA PROSPEK, TAPI DAH DEPA TAK RETI ATAU TERSALAH PILIH JALAN DAN KAWAN, MAKA YANG UNTUNGNYA MEREKA (PARA PELABUR) MENDAPAT RUGI DARIPADA PELEBURAN CEPAT KAYAP YANG MEREKA GATAI SANGAT NAK JOIN....KAH3...:)

pelaburan cacing

TERLEBIH CACING SAMPAI ORANG BUNIAN JADIKAN MEE GORENG HOE-LIAWW JAMU SAPA-SAPA YANGS ESAT DI HUTAN.

lintah

MINYAK LINTAH TERPAKSA BERSAING DENGAN MINYAK GAMAT DAN MINYAK MEMERANG SEHINGGAKAN ISTERI TAKLARAT DAH MENGERANG.............

sarang burung layang2

KOS TINGGI, BAIK BUAT SARANG BURUNG HANTU. BILA DAH BENGKRAP, JADI SARANG LABAH2 ATAU SARANG PELACURAN/DADAH. TUNGGU MASA POLIS DAN UPP NAK MAI CEKUP SAJA...!



lembu

ORANG KAMPUNG BELA LEMBU TAK RUGI PUN, TAPI SITAMAK YANG SELALU RUGI. NASIHAT KERAJAAN TAKMAU DENGAQ. DI MALAYSIA, BEKALAN LEMBU TAK CUKUP, MANAKALA BEKALAN BABI LEBIH DARI CUKUP...TETAPI KENAPA PELABURAN TERNAKAN LEMBU ALAMI KERUGIAN? ADAKAH PARA PELABUR LEBIH BODOH DARIPADA LEMBU....?

kafe kopi tiam

YANG KOPITIAM ASLI MENIAGA OK AJA, BEGITU JUGA KOPI KAMPUNG DAN CAP KERETA API. BILA BAD BANYAK SANGAT KOPITIAM, TERPAKSA BERSAING DENGAN KOPI SIAM. SAWADDIIKAP.....KOPI SIAM LEBIH MANIS DARI KOPI TIAM. LU LULUK TIAM2....................KOPI LEDIXX KAN ADA....:)

KOPI LARAT DAN KOPI TAK LARAT TETAP JADI PUJAAN...!

Tuesday, March 16, 2010

BERKHADAM KEPADA SI DAJJAL OBAMA


Melawan keganasan sambil menjemput pengganas terbesar

Sejak mengambil alih pucuk pimpinan AS pada Januari tahun lepas, Barack Obama telah melanjutkan polisi Presiden Bush memerangi keganasan di negeri-negeri umat Islam. Sebahagian besar usaha ini tertumpu di rantau Afghanistan dan Pakistan dan telah mengorbankan beribu-ribu nyawa penduduk awam umat Islam di kedua-dua buah negara tersebut. Di samping itu, tindakan Obama membawa masuk pasukan pengganas bersenjata upahan ‘Blackwater’ ke Afghanistan dan Pakistan, telah menambahkan derita umat Islam di rantau tersebut. Hingga kini, lebih 3 juta rakyat Pakistan menjadi pelarian disebabkan oleh operasi ketenteraan Pakistan ke atas wilayah FATA (Federally Adminstered Tribal Areas) yang diarahkan oleh pengganas terbesar, Barack Obama dari Amerika Syarikat.


Jika benar AS memerangi keganasan, mengapa keganasan tentera Maoist di India, dan keganasan puak Jundullah di Iran yang menyerang dan meletupkan tempat-tempat awam yang menyebabkan kematian penduduk awam sengaja dibiarkan? Ini berbeza dengan usaha “melawan keganasan” di Pakistan dan Afghanistan yang mendapat sokongan dengan dana berbillion dolar!! Nampaknya Obama melancarkan peperangan di Pakistan dan Afghanistan dengan tujuan khusus untuk memecahkan dan melemahkan dua negara tersebut kepada negari-negari yang kecil dan lemah agar mudah dieksploitasi oleh AS.

AS cukup takut kepada negara umat Islam yang mempunyai penduduk yang besar seperti Pakistan dan Indonesia, dan oleh sebab itulah, ia sanggup berbelanja berbillion dolar untuk memastikan tentera Pakistan membuat operasi ketenteraan besar-besaran untuk menundukkan puak militan di wilayah bergolak itu. Indonesia sebagai negara umat Islam yang terbesar di dunia, adalah tidak terkecuali daripada senarai sasaran AS untuk dipecahkan kepada negara-negara kecil, cuma bezanya, Indonesia belum lagi mencapai keadaan seperti yang berlaku di Pakistan.

Tindakan penguasa Indonesia menjemput pengganas terbesar dunia yang telah mengakibatkan kehilangan berjuta nyawa umat Islam untuk melawat negara umat Islam terbesar di dunia itu adalah jelas haram mengikut ayat Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya” [TMQ: Al-Imran: 118].

Hakikatnya, tindakan ini merupakan tindakan menggali lubang kubur sendiri. AS tidak akan melihat ‘sikap baik hati’ pemerintah Indonesia ini sebagai tanda persahabatan. Rejim durjana AS ini akan melihat tindakan Indonesia sebagai membuka pintu peluang eksploitasi yang lebih luas bagi mereka!!

sumber : Mykhilafah.com

Saturday, March 13, 2010

JUTAWAN TARIK DUIT : ANTARA DUA DARJAT

Mokhzani Mahathir, Syed Mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim dan Nazir Razak dikatakan antara orang paling kaya di Malaysia masa kini. Harta mereka dihitung bilion. Mereka orang Melayu.

“Wahai orang Melayu semua, adakah kalian tidak rasa bangga? Bangsa kita ada yang kaya. Bukan saja kaya, tapi kaya-raya. Bukan jutawan tetapi bilionwan. Ayuh… mari kita berbangga.”

Pak At Lat Seribu, Din Jejawi Dalam, Kak Piah Batas Keretapi, Som Bawah Bukit tentu boleh berbangga. Ada juga orang Melayu yang kaya-raya. Ingatkan semua orang Melayu sama saja. Merempat, melanuih, makan ikan kering, sayur kangkung dan taugeh lembik.

Rupanya ada juga orang Melayu yang pandu Porsche. Sarapan pagi di KL dan makan tengahari di Manila. Isteri bawa beg tangan kulit buaya ratusan ribu. Anak pakai baju T ribuan ringgit sehelai. Pasu bunga di atas anak tangga ke tingkat empat rumah bernilai ribuan ringgit.

Tak apalah, sekurang-kurannya Pak At, Din, Kak Piah dan Som boleh tumpang bangga. Bukan orang Cina saja yang kaya, orang Melayu pun ada juga.

Orang nak kata apa pun kerana mereka kaya, terpulanglah. Yang penting kaya. Orang nak kata kroni, daddy kasi, atau apa saja katalah. Apa yang penting mereka orang Melayu. Bukan Melayu saja, Melayu kaya.

Bukankah lebih baik kaya daripada miskin? Daripada orang Cina kaya baik orang Melayu kaya. Buat apa dipersoalkan macam mana mereka kaya. Yang penting mereka Melayu kaya-raya. Itu sangat penting. Kesampingkan saja semua yang lain.

Buat apa kita iri hati sesama Melayu. Biarlah mereka kaya macam mana pun. Mereka bangsa kita juga, kulit sawo matang macam kita juga, warga Malaysia juga. Baguslah mereka kaya.

Kita boleh tumpang bangga, tumpang gembira. Bukankan lebih baik mereka kaya daripada orang Cina kaya?

Kalau orang Cina kaya, apa orang Melayu boleh dapat? Jangankan nak dapat apa-apa, nak tumpang bangga pun tidak boleh. Mereka bukan sebangsa dengan kita.

Kalau orang Melayu kaya, sekurang-kurangnya kita boleh tumpang bangga. Ya, bangga.

“Aku bangga sebab bangsa aku ada yang kaya. Bangsa aku bukan lekeh sangat, bukan cabok sangat, bukan bangsat sangat, bukan bodoh sangat, bukan merempat sangat. Buktinya, tengok beberapa kerat bangsaku adalah orang kaya. Bukan kaya tapi kaya-raya. Aku bangga….”

Tiba-tiba Pak At, Din, Kak Piah dan Som teringat nak garu kepala. Nak bangga apa. Mereka kaya pun aku tak dapat apa juga.

Baru Pak At teringat, tayar basikal anaknya yang pecah belum ditukar. Din baru teringat, ubat nyamuk lingkar sudah habis. Kak Piah baru teringat, ikan bilis nak buat nasi lemak untuk diletak di kedai Pak Leh tak beli lagi. Baru Som teringat, baju sekolah anaknya koyak kangkang dan belum dijahit.